Sunday, 15 March 2009
Hatiku kekosongan
Hatiku kekosongan



Hidupku kekosongan. Ibuku asyik keluar entah ke mana. Dia jarang di rumah. Ayahku pula, tak habis-habis dengan hutang. Tidak boleh dikira langsung. Terlalu banyak hutangnya. Kedua-dua mereka asyik bertengkar setiap kali bertemu. Bingit rasanya. Tanpa mereka, siapalah yang aku ada. Ada kakak, tapi tak boleh harap langsung. Dia selalu bergaul dengan kawan-kawan lasaknya. Selalu pulang mabuk. Baru-baru ni pula, dia telah membuat tatu dan mula merokok. Aku tahu, akulah musuh pertama kakakku. Munkgkin kerana aku selalu menasihatinya. Entahlah, kadang-kala, aku rasa seperti hidup di dunia ini, sudah tidak bererti lagi. Setiap kali, aku ingin pulang, pasti hatiku akan terasa berat untuk pulang.
Aku hanya ingin keluargaku menjadi seperti dulu. Dengan berkat doaku, akhirnya, ia dikabulkan. Kakakku, Sabarina, terasa perit. Pada mulanya, dia menyangka bahawa ia hanya bengkak biasa di lehernya, tetapi, ia mulai membesar. Beberapa minggu kemudian, Kakakku pengsan semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah. Bukan itu doaku, tetapi, sesudah itu. Kakakku mula sedar, setelah diberitahu oleh doktor bahawa dia hanya mempunyai tiga bulan sahaja untuk hidup. Dia berada di dalam keadaan kritikal. Kanser lehernya, yang disebabkan oleh merokok, sudah tidak boleh diubat lagi. Pada masa itulah, ibu bapaku mula sedar bahawa selama ini, mereka asyik dengan dunia sendiri dan memperendahkan kami.
Tiga bulan bersama keluargaku di dunia baru, adalah, masa yang paling bahagia untuk aku. Tetapi, masa tiga bulan memang tidak cukup untuk aku bersama dengan kakakku. Masa mula menyingkat. Kakakku tidak henti mengira hari-harinya.
Malangnya, kakakku meninggal semasa tidur. Aku tidak dapat melafaskan kata-katku yang terakhir untuk kakak. Walaubagaimanapun, kakakku ada meninggalkan sepucuk surat untuk aku. "Jangan menjadi seperti kakak. Selama ini, kakak selalu mementingkan diri sendiri. Kakak harap adik akan mencapai cita-cita adik. Kakak akan selalu berada di sisi adik." Itu adalah sebahagian dari surat yang diberi oleh kakak.



Signing off @ 4:41 pm


Saturday, 14 March 2009
Comment mengenai kes buli cyber
http://www.youtube.com/watch?v=AIgtD6hgwMI
Saya pelajari bahawa kes buli siber lebih serius dari buli di perkarangan sekolah. Mereka boleh mengatakan apa-apa mengenai kita. Mereka boleh mencerobohi akaun kita, seperti password dan sebagainya. Buli-buli ini hanya ingin menjatuhkan nama baik kita dan membuat kita ataupun mangsa-mangsa lain takut, geram dan perasaan dendam.

Saya tidak pernah menjadi mangsa siber buli. Pada pendapat saya, kes buli kian meningkat mungkin disebabkan ramai yang mudah ditipu dan sebagainya. Mangsa-mangsa tersebut tidak tahu bertindak. Jika saya menjadi salah seorang mangsa buli siber, saya akan segera bertindak. Saya akan memberitahu seorang dewasa yang saya percayai, seperti ibu bapa. Saya akan meluahkan segala perasaan saya. Jika salah seorang dari kawan saya menjadi mangsa buli siber, saya akan segera menasihati dia untuk memberitahu ibu bapanya, atau seorang dewasa yang dipercayai. Sekolah juga boleh membantu untuk menyiasat siapa yang melakukan siber buli itu. Rakan-rakan sekolah boleh memberi sokongan kepada si mangsa untuk jangan patah semangat dan selalu mendekati si mangsa, supaya dia tidak keseorangan dan jika buli itu adalah seorang pelajar di situ, mereka tidak mudah untuk mendekati si mangsa. Pihak polis pula, boleh menyiasat dan bekerja sama dengan pihak sekolah.
Signing off @ 7:41 pm