Saturday, 12 July 2008
Pandangan

Pandangan

Dewasa ini, terdapat beberapa kes yang melibatkan penyalah-gunaan blog. Beberapa orang telah dikenakan tindakan undang-undang kerana telah mengeposkan komen-komen yang berunsur perkauman. Ada pula kes di mana para pelajar maktab rendah yang telah diberikan amaran setelah meletakkan komen-komen yang tidak berasas tentang guru mereka di blog peribadi.


Ramai di antara remaja ataupun dewasa yang menganggap blog adalah diari peribadi. Ia sebenarnya tidak. Sesiapa pun boleh melihat blog awak secara formal ataupun memasuki blog awak dan menaip yang telah menyakitkan hatinya. Dalam sebaliknya,kamu yang akan dikenakan hukuman.


Banyak kes-kes yang berlaku di mana seseorang itu menekan 'yes' sahaja tanpa membaca apa yang ditulis sebelum membuat blog. Kamu mungkin tidak sedar, tetapi apabila seseorang itu mengganggap blog itu sebagai diari peribadi, mereka akan menulis apa saja termasuk komen-komen yang tidak berasas.


Remaja sekarang harus mempelajari baik-buruknya tentang blog sebelum membuat blog. Ia sesuatu yang perlu,jika kamu tidak mahu menyalah anggap apa itu blog.


Semasa seseorang itu menulis apa saja di dalam blog mereka, mereka tidak sedar bahawa mungkin apa yang ditulis membawa padah di sebaliknya.


Sebagai contoh, seseorang itu mungkin tidak dan belum memahami budaya lain. Mereka akan menulis apa saja dari hati mereka. Mereka tidak mengetahui bahawa apa yang ditulis mungkin membawa padah sehinggakan memasuki penjara.


Segala apa yang dibuat salah, sudah tentu ada akibatnya. hukuman-hukumannya seperti dikenakan saman,penjara ataupun dikenakan sebatan rotan, mungkin adalah perkara yang tidak dapat dipercayai oleh ramai. Tetapi, ia benar.


Sebuah komen mengenai seseorang boleh melibatkan kamu dikenakan hukuman.


Oleh itu, seseorang itu harus berfikir dahulu sebelum menulis apa-apa di blog.


Untuk menjadi seorang pengguna blog yang bijak dan beretika, saya harus mempelajari lebih banyak tentang blog. Seperti baik-buruknya blog. Saya juga boleh menasihati sesiapa yang tidak tahu kegunaannya blog dan apa akibatnya jika menulis komen-komen yang tidak berasas.

Signing off @ 5:32 pm