Saturday, 28 June 2008
Pengalaman ketika cuti sekolah

Pengalaman ketika cuti sekolah

Cuti sekolah, selama sebulan, baru sahaja berlalu. Tanpa ku sedari, dah buka sekolah. Setiap orang, mempunyai pengalaman pahit dan manis yang berlainan.

Pada saya, saya banyakkan pergi ke perpustakaan untuk membaca, meminjam buku dan juga membuat kerja sekolah di sana. Suasana di perpustakaan, tidak sama dengan suasana di rumah. Kalau di rumah, saya mudah terganggu dengan bunyi kenderaan di bawah, serta bunyi televisyen.

Minggu pertama, saya hanya duduk di rumah dan membuat kerja sekolah. Itu pun kerana ibu dan adik saya, ke Brunei Darussalam, selama tiga hari, dua malam. Ibu hanya mahu menikmati permandangan dan suasana yang berbeza. Dia menjadi sukarelawanuntuk darmawisata itu. Adik saya ke sana, untuk melihat sambil mempelajari gaya hidup yang berbeza dari Singapura dan melihat sendiri betapa tuahnya kita untuk mempunyai sekolah yang lengkap dengan serba-serbi moden, seperti kelas berhawa dingin untuk kelas tingkat satu, lab IT, kelas masak, kelas membuat kraft tangan dan sebagainya.

Minggu kedua pula sedikit sibuk. Saya sekeluarga mencari di merata tempat untuk mencari sehelai baju ‘disney’ untuk kem palang merah saya pada minggu yang seterusnya. Setelah puas mencari, sehingga tidak mempunyai daya lagi untuk bergerak, saya pun bercadang untuk mencarinya di rumah.

Tanpa berlengah lagi, saya pun mula membongkah almari saya, setelah tiba di rumah. Setelah lama mencari, saya masih tidak menjumpai sehelai baju ‘disney’ pun. Oleh itu, ibu saya bercadang untuk memakai sahaja bajunya.Walaupun ia sedikit besar bagi saya, asalkan dah ada, sudah cukup bagus.

Sepanjang minggu kedua, saya sibuk dengan kerja sekolah yang harus dihabiskan. Saya tidak suka kelam-kabut apabila membuat sesuatu. Biar awal, asalkan bukan kerja yang dibuat sembarang ataupun dibuat kelam-kabut.

Tanpa ku sedari, kem yang dinanti-nantikan pun tiba. Kem itu untuk mendidik kami untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan ia boleh memudahkan kami untuk mendapatkan lencana-lencana. Lencana-lencana itu membolehkan seseorang itu menaik pangkat untuk menjadi lance corporal, sergeant ataupun corporal.

Pengalaman di kem itu tidak pernah dapat saya lupakan. Selama tiga hari tidak mempunyai katil untuk tidur, makanan yang enak-enak, tidur yang secukupnya dan sebagainya, saya berasa seperti tiga bulan tidak pulang ke rumah. Walaupun saya tahu, bahawa kem itu adalah sebuah trainning kem, saya tidak jangka yang ia adalah kem yang sukar dan lain dari kem-kem biasa.

Pada hari yang pertama, saya dan rakan-rakan palang merah saya, disuruh melatih ‘foot drill’ untuk ujian ‘foot drill’ gangsa pada keesokkan harinya.

Dengan tanpa memberitahu sesiapa, ada sebuah kejutan ‘fire drill’. Semua kelihatan panik dan tidak tahu hendak buat apa.

Selepas itu, kami diajar sedikit sebanyakkan bagaimana untuk memindahkan seseorang yang tercedera ke tempat yang lebih selamat. Bukan itu sahaja, pada hari yang sama, kami diajar pertolongan cemas dengan menggunakan kain pembalut. Untuk makanan tengah hari, kami disuruh memasak mee segera atau lebih dikenali sebagai ‘maggi’. Dengan hanya menggunakan mastin, kami diberi empat puluh lima minit untuk menyediakan makanan, makan dan cuci segala apa yang telah digunakan. Setiap kali, sebelum makan, kami akan disuruh untuk ‘cheer’ dan meminta izin dari guru-guru dan instruktor sukarelawan untuk makan.

Makanan malamnya pula di cater. Kami dihidangkan dengan sebungkus nasi dengan sambal goreng dan orang cina pula, dihidangkan nasi ayam.

Setelah kenyang, kami disuruh berkumpul di Parade Square. Walaupun sudah lewat malam, kami masih belum boleh tidur lagi, kami harus main kejar-kejar atau lebih dikenali sebagai ‘hide-and-seek’. Pada setiap pusingan, sebuah kumpulan akan disuruh untuk mencari ahli kumpulan yang lain. Walaubagaimanapun, kami dilarang untuk sembunyi di tandas ataupun di tingkat tiga dan empat. Kami tidak diberitahu kenapa, tidak boleh sembunyi di tingkat tiga dan empat, tetapi kami diberitahu oleh ‘seniors’ bahawa ada terjadi sebuah tragedi yang menakutkan.

Walaubagaimanapun, kumpulan saya tidak dapat ‘seek’ kerana kesempitan masa. Ia tidak mengapa kerana kami seronok bersembunyi. Ada yang pekik apabila dijumpai, ada pula yang takut dengan gelap dan sentiasa harus berada di tempat yang mempunyai lampu. Itu amat sukar bagi mereka kerana merekalah yang selalu dijumpai dulu sebelum yang lain.

Setelah empat puluh minit bermain, kami diajar bagaimana untuk mendirikan khemah dan kemudiannya harus mendirikan khemah masing-masing.

Setelah demonstrasi itu berakhir, kami secara berkumpulan mendirikan khemah masing-masing. Pada masa itu, mata saya seperti tidak boleh buka lagi kerana terlalu letih sangat, tetapi walaubagaimanapun, saya harus juga menolong dirikan khemah kerana saya pun akan tidur di dalam khemah juga.

Setelah itu, kami diberi ‘free time’ untuk mandi dan membersihkan diri sebelum sebelas setengah.

Setelah selesai, saya ke bilik di mana kami meletak beg-beg masing-masing dan membawa turun segala barang kami ke khemah di bawah dan mula merehatkan mata dan tidur.

Pada keesokkan harinya, saya dikejutkan dengan suara-suara di luar dan dapati kumpulan-kumpulan lain sudah pun menyiapkan diri untuk hari kedua. Walaupun ia hanya baru pukul empat setengah, sudah ramai yang telah bangun lebih awal. Matahari pun belum terbit lagi, subur pula lama lagi, apa nak buat, kami terpaksa bangun dan menyiapkan diri untuk hari kedua.

Setelah mandi dan menyiapkan diri, saya pun ke bilik yang sama untuk mengemaskan beg dan mengasingkan baju bersih dengan baju kotor.

Sesudah itu, saya dan rakan-rakan yang lain turun ke bawah untuk berkumpul. Aktiviti yang pertama, kami diberi satu jam untuk bermain ‘captain’s ball’. Saya pun apa lagi, tidak berlengah dan bermain dengan ahli kumpulan saya. Walaupun, saya tidak semahir dengan rakan-rakan yang lain, saya hanya mahu merasakan betapa seronoknya kem tersebut,walaupun pada hari pertama, saya rasa seperti ingin pulang.

Sejam berlalu, tiba masanya untuk bersarapan pagi. Kalau selalu kita menikmati sarapan pagi yang enak, kita akan berasa terkejut apabila melihat apa yang dihidangan pagi itu. Sekeping biskut, sekeping roti dan secawan milo adalah sarapan pagi buat hari kedua dan ketiga.

Selepas itu, kami disuruh berlatih buat kali terakhir sebelum ujian ‘foot drill’ gangsa yang diadakan selepas makanan tengahari.

Ada sebuah lagi kejutan ‘fire drill’. Kami ditugaskan untuk mencari mangsa-mangsa yang tercedera ataupun terperangkap.

Kami juga, disuruh bercadang secara berkumpulan untuk sebuah item yang harus kami pertunjukkan di ‘campfire’ pada hari itu.

Setelah lama berbincang, kami sekumpulan bercadang untuk membuat skit tentang ‘snow white and the seven dwafs’, tetapi, oleh kerana kumpulan kami mempunyai banyak ahli kumpulan, kami terpaksa menukar sedikit ceritanya dan menambah watak.

Kemudiannya, kami harus berkumpul sekali lagi di kantin sekolah untuk makan tengahari. Makanan tengahari pada hari itu, sedikit pedas buat saya, jadi guru saya terpaksa menukarnya dengan hidangan yang tak pedas.

Selepas makan, kami disuruh menukar ke pakaian seragam palang merah untuk ujian ‘foot drill’ gangsa.

Perasaan ghairah dan takut, menceburi minda saya. Saya berasa takut ada, gementar pun ada. Tapi, walaubagaimanapun, saya teramatlah harap yang saya telah lulus ujian tersebut.

Aktiviti seterusnya, kami harus memikirkan siapa yang akan menjadi mascot buat setiap kumpulan. Bagi kumpulan saya, mereka memilih ‘the seven dwafs’ kerana setiap ‘dwaf’ mempunyai topi yang berbeza dan mempunyai keunikkan masing-masing.

Tidak lama kemudian, makanan malam pun dihidangkan. Kami hanya diberi setengah jam untuk makan kerana kami harus menukar ke baju ‘disney’ masing-masing untuk ‘campfire’.

Masa berlalu begitu cepat sekali, tidak ku sedari, sudah sampainya masa untuk ‘campfire’. Itu adalah satu-satunya acara yang amat saya minati kerana kami dapat saling memahami satu sama lain dan dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi ahli palang merah. Di ‘campfire’ tersebut, kami dapat melihat item-item setiap kumpulan dan bersuka ria bersama rakan-rakan.

Setelah ‘campfire’ berakhir, kami diberi supper dan disuruh membersihkan diri dan tidur di bilik yang telah disediakan.

Pada keesokkan harinya, saya dan rakan-rakan sekalian bangun lewat. Lewat pun, tak selewat hinggakan selepas pukul enam.

Kami pun mula membersihkan diri dan menyediapkan barang-barang yang dibawa. Sepatutnya, selepas bersenam dan bersarapan, ia telah dicadangkan untuk kami pergi berhiking ke sentosa dengan berjalan kaki. Namum, keadaan tidak mengizinkan kami pergi.

Hujan turun dengan selebatnya dan oleh kerana mempunyai masa, kami diajar beberapa ‘cheers’ dan disuruh menonton cerita ‘ratatouille’.

Selepas itu, kami diberi lima belas minit untuk melelapkan mata, tetapi setelah diberitahu oleh ‘seniors’ bahawa mungkin akan ada ‘fire drill’, semua hanya pura-pura melelapkan mata.

Aktiviti seterusnya ialah test mini antara kumpulan masing-masing. Kami harus menggunakan kain pembalut untuk membuat pertolongan cemas pada pesakit dari kumpulan lain dan mengikut apa yang ditulis di papan tulis.

Kemudian, kami bermain beberapa permainan sebelum presentasi hadiah dan pulang ke rumah.

Setelah tiba di rumah, selepas ken palang merah, saya hanya mampu untuk mandi dan terus tidur hingga ke hari yang seterusnya.

Pada minggu itu dan minggu terakhir, saya dan keluarga saya sering ke Johor Bahru untuk merehatkan minda sambil melawat negeri lain. Selain itu, saya hanya menggunakan masa untuk menghabiskan kerja sekolah yang belum selesai.

Signing off @ 4:07 pm